SELAMAT DATANG .....PERSIAP JOHOR BAHRU



SALAM 1 MALAYSIA MENUJU TRANSFORMASI...

Khamis, 4 November 2010

Majlis Ulangtahun PERSIAP





Penyerahan Sumbangan Sakit Kronik kepada ahli PERSIAP

Pada 27 Ogos 2010, PERSIAP Johor Bahru telah mengadakan Majlis Ulangtahun PERSIAP Malaysia yang ke 21 tahun dan Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Untuk Anak-anak dan Isteri Ahli PERSIAP yang menghidap Penyakit Kronik.Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi PERSIAP.  Pada hari tersebut, PERSIAP Johor Bahru telah mengadakan Majlis Tahlil dan bacaan doa selamat.

Kursus Semarak Ramadhan

Sebahagian ahli PERSIAP menyertai kursus

Pada 20 Julai 2010, Penjara  Reman Johor Bahru telah menganjurkan Kursus Semarak Ramadhan di Kelab Sukan dan Rekreasi Johor Bahru. PERSIAP Johor Bahru juga telah dipelawa untuk menyertai kusus tersebut. Biro Pendidikan dan Agama telah mempelawa semua ahli PERSIAP untuk menyertai kursus ini.

Mesyuarat PERSIAP




Pada 25 Julai 2010, satu mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) PERSIAP Johor Bahru telah diadakan di Bilik Mesyuarat Penjara Reman Johor Bahru. tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah melantik AJK biro-biro yang bertanggunjawab merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti PERSIAP. Pada hari tersebut, diadakan satu majlis Hari Ibu kepada ahli PERSIAP.

Penubuhan PERSIAP JOHOR BAHRU


Sesei bergambar ahli PERSIAP Johor Bahru

Pengerusi PERSIAP JB Pn Jaliah bt Md Dahan menyampaikan ucapan

PERSIAP Johor Bahru telah ditubuhkan semula pada 25 Jun 2010 setelah dibubarkan pada tahun 2005. Penubuhan semula PERSIAP ini kerana beroperasinya semula Penjara Johor Bahru pada 2 Januari 2008 yang terletak di Jalan Ayer Molek, Johor Bahru. Pengerusi PERSIAP iaitu Pn Jaliah bt Md Dahan merupakan Pengerusi pertama setelah penjara Johor Bahru dibuka semula. Memandangkan ahli PERSIAP yang kebanyakannya menginap di luar kawasan  penjaratelah menyukarkan segala aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh ahli. Namun begitu, atas daya usaha dan proaktif Pengerusi PERSIAP aktiviti PERSIAP dapat juga dilaksanakan dengan kerjasama dari anggota dan isteri-isteri kakitangan yang bersama-sama membantu menjayakan aktiviti ini.